Foul Mood
I must've got up on the wrong side of the bed today. I've been in a foul mood since this morning's news round-up. I was quite foul over my 10 minute lunch, in between project supervisions and exam invigilations. As a result, when I read this blog, I just had to vent. My apologies if this hurts anyone in particular. No animals were harmed in the production. Hopefully, no feelings were either.
This is in reply to Dr Mahmood, who wrote a piece condemning Tony Pua on his recent statements about the civil service. If you have no idea what's been happening (blame Tripos!) go read up on it a little. This thing is just getting out of hand! My apologies in advance. There are probably a lot of language errors since I've not spoken much Malay since entering university almost a decade ago.
Memang benar, siswazah Melayu mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi. Contoh paling baik, saudara Khairy yang anda banggakan. Namun, dia juga memilih untuk bekerja bagi pihak swasta dan bukan kerajaan. Mengapa?
Tanggapan doktor bahawa semua pentadbir kerajaan terdiri daripada orang Melayu, tidak benar sama sekali. Terdapat ramai pegawai kanan kerajaan yang bukan Melayu. Ini ialah kerajaan Malaysia, bukan Kesultanan Melayu Melaka.
Kestabilan politik tidak akan diperoleh daripada keadaan dominasi politik kaum Melayu sahaja. Sekiranya kakitangan kerajaan kurang cekap, yang susah, bukan kaum Melayu sahaja. Setiap rakyat Malaysia akan terasa bebannya.
Jangan lupa bahawa gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa atau agama. Jadi, memang menjadi hak setiap rakyat untuk menyoal sama ada harta benda negara digunakan dengan wajarnya.
Tiada salahnya menyoal. Hanya orang bersalah yang takut disoal. Sekiranya mana-mana pegawai kerajaan terasa terhina dengan kata-kata saudara Tony, mereka juga bebas menyoalnya. Sekiranya saudara Tony tersilap kata, barulahbetulikhlas dia meminta maaf.
Hanya dengan soal-menyoal, akan kita saling memahami. Jika semua pihak hanya membalingkan kata-kata benci, akan makin berpecah-belah negara kita. Maka, menjadi mudah kita dikawal oleh pihak asing. Akhirnya, robohlah semua yang diperjuangkan oleh pejuang kemerdekaan kita semua.
Peace and love, everyone. Peace and love.
No comments:
Post a Comment